Senarai Latihan dan Pendidikan bagi tahun 2012
Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP)
Selain daripada mengajar guru berperanan sebagai ;
- Penyebar maklumat dan agen perubahan yang berkesan;
- Populasi guru mencakupi hampir 1/3 daripada populasi penjawat awam;
- Guru diakui sebagai kategori perkhidmatan yang mendapat kepercayaan tinggi orang ramai (dapatan kajian oleh BEIM-2005).
Seminar Integriti Warga Pihak Berkuasa Tempatan (SIW PBT)
- Perkhidmatan PBT merupakan perkhidmatan barisan hadapan kerajaan;
- Perkhidmatan yang mereka berikan menyentuh aktiviti harian individu berkaitan Sampah, Lampu dan Rumput;
- Kebanyakan ketidak puasan hati orang ramai menyentuh perkhidmatan yang diberikan oleh PBT kerana orang ramai terpaksa membayar cukai pintu dan mengharapkan perkhidmatan yang sewajarnya daripada PBT
- Populasi penjawat di PBT adalah kira-kira 50,000 orang




